Panduan untuk Pengambilan stok Emas di Cawangan Public Gold

Book an appointment for stock collection 


Anda yang dah habis buat pembayaran, boleh terus buat appointment secara online dengan menekan link dibawah: 


https://www.picktime.com/9bd5105c-c5ed-4c1d-8fb3-74e581d583d1


Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:


Sebelum membuat appointment untuk Stock Collection, sila pastikan barang tempahan anda telah SAMPAI ke cawangan Public Gold.


Sila pastikan PEMBAYARAN penuh sudah dibuat / FULL PAYMENT status sebelum membuat appointment, dan slip bayaran telah dimuatnaik di Website Public Gold.


Sila pastikan *Profile info anda telah dikemaskini  dan disahkan* sebelum membuat temujanji.

                  Kepada pelanggan yang ingin membuat lebih daripada 3 transaksi, sila pilih service- Stock Collection (More than 3 transaction)

-            Untuk pastikan semua temujanji dapat dilayan pada masa yang ditetapkan, sila pilih Service yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kesesakan bagi proses temujanji yang seterusnya.

-                   Pembayaran secara Tunai di kaunter adalah tidak digalakkan. Sila bayar menggunakan kaedah FPX di laman web Public Gold sebelum membuat Temujanji, supaya pihak PG dapat menyediakan belian anda dengan betul dan pantas.

Rujuk panduan di bawah bagi membuat temujanji


Pilih cawangan Public Gold untuk collect emas:



Pilih jenis perkhidmatan:

 


 Pilih tarikh dan masa yang sedia ada:



Masukkan info yang diperlukan dan tekan butang
Book Appointment. Salinan temunjanji akan dihantar ke email anda.





Selesai.


Herliana Hassan | https://t.me/PGHerlianaHassan | wasap.my/60122728764 |



Cara Pengeluaran emas limited edition dari Akaun GAP (GIT Service)


Atas permintaan ramai, Public Gold membenarkan pemegang akaun GAP untuk withdraw gold bar (limited edition) melalui akaun GAP. Design adalah seperti dibawah ini:



Bermula 13 Nov 2020, pelanggan Public Gold boleh buat withdrawal gold bar melalui kaedah Gold in Transit (GIT) di mana emas akan diposkan terus ke rumah anda (insured postage). Kenapa bagus withdraw guna akaun GAP? Sebab ianya murah dan boleh dapat emas dengan pantas.

  • Kadar postage berinsuran (harga promosi).
    • Semenanjung – RM10
    • Sabah / Sarawak – RM15
  • Maksima 10 keping dalam satu parcel



Setiap pengeluaran bagi 1g akan dikenakan gold premium charge sebanyak RM15. 



Pastikan maklumat pengeposan diisi dengan betul. Klik send TAC, Checkout Order dan buat pembayaran. Selesai!!!


Kalau anda belum pernah tambah gram dalam akaun emas GAP, sila ikut 3 langkah mudah dibawah:
  • login ke Website Public Gold.
  • Tekan My GAP
  • Klik Purchase melalui FPX
  • Oh ya, pastikan anda ada baki minima 1 gram ditinggalkan jika mahu buat pengeluaran emas ya!
Belum ada akaun GAP??? Daftar PERCUMA!!. Klik link di bawah


Herliana Hassan
Authorized Public Gold Dealer
0122728764



6 Keuntungan menjadi Dealer Public Gold

Kalau ada bajet cukup, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold sebab dealer boleh jana keuntungan dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada harga naik atau turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.



Pada asalnya saya beli emas Public Gold cuma untuk simpan sendiri jer. Asalkan ada duit lebih saya alihkan jadi emas. Dan dari awal lagi saya pasang niat, saya tak nak berniaga emas. Tapi bila saya perhati ramai kawan-kawan buat kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas, sedangkan saya ada ilmu dan platform terbaik pelaburan emas di Malaysia i.e Public Gold, saya rasa ada tanggungjawab untuk bantu orang lain. Masa tu baru saya sedar, oh, besarnya manfaat sebagai dealer, walaupun hanya untuk simpanan sendiri semata-mata.

Berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan paling utama sebagai dealer emas Public Gold:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice). Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah sekitar 15% berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.

komisyen dealer public goldRebat belian dan jual balik dealer Public Gold

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemasJadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan Facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen berbentuk royalti 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar royalti, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan royalti tersebut. Jujur saya katakan, bentuk royalti begini yang dijanjikan oleh Public Gold sebenarnya jauh lebih baik daripada royalti yang diterima oleh seorang penulis buku!

Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di Facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong orderkan sahaja. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi beberapa gram emas sebagai simpanan! Tambah simpanan setiap sebulan secara PERCUMA. (“,)

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold. Ia boleh dijadikan sumber passive income yang bagus.

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.

spread susut nilai emas public gold 2017Kadar spread emas Public Gold mengikut jenis item.

harga emas gold bar public gold 13 jun 2017“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan kadar spread dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Secara jujurnya, saya selalu berpeluang tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread! Harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6% – 9%! Kalau beli RM10,000, untung RM600 – RM900 tu sekejap sahaja, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividen Tabung Haji dan ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

dinar gold bar 24k lbmaBeli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice), automatik jadi dealer. 

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer itu mati dulu.

Dan berita lebih baik, pendapatan saya dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak saya jika saya meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan pengalaman saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM4,000 sebulan! InsyaAllah.

Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 6% – 9% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

Wallahu a’lam.


Herliana Hassan

0122728764

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, boleh klik link di bawah

wasap.my/60122728764/BerminatJadiDealerPublicGold

wasap.my/60122728764/BerminatJadiDealerPublicGold

wasap.my/60122728764/BerminatJadiDealerPublicGold


SIMPANAN EMAS, DI MANA UNTUNGNYA????

Apa Untung Menyimpan Emas?

Ini soalan yang selalu ditanya bagi mereka yang tak biasa atau baru nak mula menyimpan emas. Takperlah bertanya dulu sebelum bermula. Taklah kita sesat jalan nanti, walaupun soalan tu nampak simple.

Jangan tak percaya, ada juga yang dah mula menyimpan emas tapi masih lagi tidak jelas mengapa dia menyimpan emas.

Yang dia tahu hanyalah untung.

Untung bagaimana? Dia sendiri pun tak tahu.

Mungkin panduan ini boleh dijadikan pertambahan ilmu bagi anda yang ingin mulakan simpanan emas.

1. Untung Bila Ada Kenaikan Harga Emas :

Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 18 tahun yang lepas, harga  emas 1 gram sekitar RM30 hingga RM35. Sekarang harga emas dah pun naik sekitar RM190 hingga RM200/gram.

2. Untung Pertambahan Gram Bila Harga Menurun :

Emas kan harta juga seperti rumah dan tanah. Bezanya bila harganya turun, kita boleh beli banyak-banyak dengan harga yang lebih murah.

3. Untung Bila Duit Tidak Habis :

Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit menjadi emas. Kita bukan beli barang habiskan duit. Emas kekal di tangan dan tiada tarikh luput.

4. Untung Bila Naluri Berbelanja Dapat Dirawat :

Kita menyimpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas. Insyallah sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen daripada pendapatan kita.

5. Untung Bila Terdesak, Emas Boleh Bertukar Menjadi Duit Kecemasan :

Emas senang beli, senang urus, boleh digadai dan memiliki tahap kecairan yang paling tinggi.

6. Untung Dari Sudut Ketahanan Terhadap Inflasi :

Dalam jangka masa pendek, harga emas ada turun naik. Bila harga naik, ia mungkin turun semula. Selepas itu ia akan naik balik secara signifikan. Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali seperti sedia kala.

Inilah 6 keuntungan menyimpan emas, bukan sekadar untung “beli harga murah jual harga tinggi”  tetapi banyak lagi keuntungan emas yang ramai tak perasan atau tersirat sifatnya. Keuntungan inilah menjadikan kewangan kita menjadi lebih baik.

Anda nak mula simpan emas?? Hubungi saya untuk maklumat lanjut, saya bantu anda.

Herliana Hassan

Adakah saya Pelabur atau Penyimpan Emas?


“Saya beli 10 gram emas ini dikira sebagai pelabur ke penyimpan emas?”

Ada 2 posisi dalam pembeli emas fizikal yang kita semua perlu tahu iaitu:
  1. Penyimpan emas
  2. Pelabur emas

1.  PENYIMPAN EMAS
Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal. 

Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan. 

Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Bawa emas ke Ar Rahnu, gadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa.

Antara ciri penyimpan emas adalah:
  1. Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja
  2. Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat. 
  3. Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli. Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot! 
  4. Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.

Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas. 

Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini akan membeli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.


2.  PELABUR EMAS
Ramai juga yang ingin menjadi pelabur emas kan? Perlu ingat seorang pelabur beli emas dalam kuantiti yang besar. 

Minima belian emas untuk bergelar sebagai PELABUR EMAS adalah 250 gram ke atas. Kurang dari ini, kita masih seorang penyimpan lagi.

Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan  dalam jangka masa sederhana.

Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:
  1. Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
  2. Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
  3. Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.

Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas. Apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar.

Saya sedia bimbing anda untuk kedua-dua kategori di atas. Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas dan masa kedua ialah pada hari ini. 

Herliana Hassan 
Dealer Public Gold 
HP: 012-2728764

Kaedah Menyemak dan Menambah Akaun GAP

Menyemak baki akaun GAP

 Untuk menyemak bagi akaun GAP, caranya adalah seperti berikut:

  1.  Anda pergi ke laman web www.publicgold.com.my   
  2.  Klik menu Login
  3. Kemudian masukkan PG code anda di ruangan Username  (Contohnya: PG000XXXXX), 
  4. Masukkan Password anda (biasanya password adalah nombor ic anda tanpa sempang). Kemudian, tekan butang Log in. 

 


5. Selepas log in berjaya, menu My GAP akan muncul. 
Klik menu My GAP => VIEW DETAIL. Ia akan menunjukkan baki terkini akaun GAP anda.

 

 

6.  Untuk melihat rekod transaksi pembelian dan jualan GAP (rekod 1-3 bulan), klik butang TRANSACTION HISTORY.

Ringkasan:

 ACCOUNT BALANCE = Baki semasa akaun

TRANSACTION HISTORY = Sejarah transaksi sepanjang 3 bulan lepas

 

Bagaimana menambah gram emas dalam akaun GAP anda?

Anda boleh menambah emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikut kemampuan. 

 

Terdapat 2 cara anda boleh menambah emas GAP.

           Kaedah 1: Transfer bayaran menggunakan FPX (paling cepat)

Kaedah 2:  Bank-in dan upload bukti pembayaran di dalam portal GAP.


Kaedah 1: Transfer bayaran menggunakan FPX 

Jika anda mempunyai internet banking, saya sangat menggalakkan anda untuk top-up GAP menggunakan kaedah FPX. 

 

Langkah 1 : Klik PURCHASE dan pilih kaedah pembayaran samada Pay Online (FPX) atau Bank In.

 

Langkah 2: Pilih Jenis Produk. Sekiranya ingin membeli emas, pilih Gold-GAP. Masukkan nilai belian, klik pay online dan Place Order.

Harga Emas yang dipaparkan adalah harga pada 10 Mei 2020
 

Langkah 3: Pada paparan Purchase of GAP confirmation, klik butang make payment.

Langkah 4: Pilih Bank anda dan klik Proceed & Pay

 

 

Selepas berjaya membuat pembayaran melalui online banking, maka pembelian melalui FPX ini akan diupdate dalam akaun GAP (ambil masa sejam ++ )

 Anda juga akan menerima email notifikasi tentang ‘status pembayaran berjaya’ daripada FPX.

 

Nota:

Bermula Ogos 2020, tiada lagi charge RM1.00 dikenakan sebagai kos transaksi.

Bagi saya, kaedah paling mudah untuk membuat belian emas GAP adalah menggunakan FPX. Jika kaedah ini sukar bagi anda, barulah anda gunakan kaedah ke 2

 

Kaedah 2: Bank in dan upload bukti pembayaran di portal myGAP.

Jika anda memilih kaedah ini, anda hanya perlu bank in terlebih dahulu jumlah RM belian GAP anda. 

Kemudian, dapatkan resit bukti pembelian dan upload resit pembelian ke dalam portal GAP.

Langkah 1: Klik PURCHASE seperti langkah di atas dan pilih kaedah bayaran secara Bank In.

Langkah 2: Masukkan butiran pembayaran ke dalam ruang yang disediakan, upload bukti slip bayaran dan klik butang Request.

Nota:

·       Status pembelian akan diupdate paling lewat dalam masa 48 jam hari bekerja. Jika status masih lagi belum update, anda perlu berhubung dengan mana-mana cawangan Public Gold.

·        Anda boleh menyemak status pembelian emas GAP dengan mengklik ikon TRANSACTION.


     Sangat Mudah kan????


Kalau ada masalah juga boleh hubungi saya di talian 0122728764 (Herliana Hassan )

 



Panduan untuk Pengambilan stok Emas di Cawangan Public Gold

Book an appointment for stock collection  Anda yang dah habis buat pembayaran, boleh terus buat appointment secara online dengan menekan lin...